
SINGAPURA – Elon Musk kembali mencetuskan perdebatan apabila meramalkan Singapura dan beberapa negara lain berisiko menghadapi ‘kepupusan’ populasi akibat kadar kelahiran yang semakin merosot. Ciapan Musk di platform X itu mengulas data yang menunjukkan kadar kelahiran Singapura kini hanya 0.97 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah kadar penggantian populasi 2.1.
Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada penurunan ini, termasuk kos sara hidup yang tinggi yang membebankan rakyat untuk membesarkan anak. Walaupun kerajaan menawarkan pelbagai insentif seperti geran peranakan, langkah tersebut belum berjaya mengubah trend.
Penurunan kadar kelahiran juga memaksa Singapura bergantung kepada buruh asing, termasuk dari negara jiran seperti Malaysia, untuk menampung keperluan tenaga kerja. Namun, kebergantungan ini akhirnya dieksploitasi oleh rakyat negara terdekat yang mengambil kesempatan dengan mengisi peluang pekerjaan di Singapura tanpa memberikan pulangan kepada kitaran ekonomi negara. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan langkah jangka panjang Singapura untuk menangani isu populasi dan tenaga kerja.
Elon Musk turut mencadangkan bahawa penggunaan teknologi automasi mungkin menjadi penyelesaian kepada penurunan tenaga kerja di negara itu. Namun, masalah seperti populasi yang semakin tua memerlukan usaha bersama untuk memastikan ekonomi dan masyarakat Singapura terus stabil.
Discover more from The Brain Today
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
